Thursday 28 November 2013

LELAKI GAGAH BERSAMA SHAKLEE

Bukan perempuan sahaja yg perlu membelai diri dan menjaga kesihatan..tetapi kaum Adam juga perlu menitikberatkan kesihatan secara berpanjangan...
Pada masa kini, cara pemakanan amat mempengaruhi tahap kesihatan kita..pergaulan bebas.,merokok boleh menjatuhkan moral dan stress dikalangan mereka yg sudah bkerja. 
Shaklee kali ini memperkenalkan set khas utuk mereka yg menjaga kesihatab..

Set ini terdiri drpada Omega guard dimana minyak ikan yang kaya dengan DHA. Salah satu

Manfaat Omega Guard adalah:
1) Membakar kalori
2) Melindungi jantung
3)Memberi kecergasan fizikal dan kecerdasan minda
4) melindungi sendi sendi

5) Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, dan lain-lain
6)Membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung

Manfaat VITAMIN  E:
1) Mencantikkan kulit
2) Eraksi lama
3)Dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
4)Merangsang keinginan SEKS.. Meningkatkan hormon testosteron
5)Menghalang radikal bebas daripada merosakkan ovum dan sperma

Manfaat Zinc
1)Membantu meningkatkan kualiti sperma
2)Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
3)Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
4)Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik
5)Mencecah masalah mati pucuk
6)Mengelakkan masalah keguguran rambut

"Zinc adalah khazanah lelaki"
Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zinc yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil, kiraan sperma yang rendah dan kemerosotan fungsi seksual,

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE

 " ALWAYS GREEN"

 Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
♥ Contact No : 016 9622653
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas.

 LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Apa itu Foremilk dan Hindmilk?

APA ITU FOREMILK DAN HINDMILK?

======================================

Biasa kita dengar orang-orang tua bagitau,"Sebelah kanan nasi,sebelah kiri air.Jadi klu nk baby cpt kenyang sila menyusu seblah kanan lagi kerap drpd kiri.."

Betul ke? Sebenarnya SALAH,tapi mungkin ada maksud tersirat yang kita tak tau.Orang tua-tua kan kaya dengan kiasan dan ilmu.
Secara saintifiknya,sebelah kanan ke atau sebelah kiri, kedua-duanya adalah susu, tiada istilah nasi dan air..yang bezanya ialah FORE and HIND..milk.

♥ Foremilk adalah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.

♥ Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.

Oleh itu sbb itulah ibu-ibu dinasihatkan untuk mengepam terlebih dahulu sebelum menyusukan baby (lebih kurang 5-10mins).
Ini kerana,Hindmilk biasanya akan keluar 10-15mins kemudian setelah semua foremilk dihabiskan.

Kalau anda perasan gmbr di bawah terdapat perbezaan antara foremilk dan hindmilk.Oleh itu,ibu-ibu hendaklah menyusukan bayi dalam tempoh 15mins-20mins setiap breast sebelum menukarkan ke breast yang satu lagi.Ini utk mengelakkan baby hanya dapat FOREMILK sahaja.

Set Kecantikan Kulit, Set Kulit Berjerawat, Set Resdung, Set Diet Secara Sihat, Set Hamil, Set Ibu Menyusu, Set Dalaman Wanita, Set Kanak-Kanak, Alfalfa, Set Slimming, Omega, Shaklee Seremban, Shaklee Melaka, Shaklee Temerloh, Shaklee Bangi, Shaklee Nilai,Shaklee Selangor,Shaklee Mentakab, Parut pudar dengan Vita E

Credit to yoursvitaminshoppe.blogspot

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE
 " ALWAYS GREEN"
 Yours Shaklee Independent Distributor
 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850] 
♥ Contact No : 016 9622653 
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com 

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia.

 Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Wednesday 27 November 2013

Menghilangkan Batuk Lendir Pada Kanak-Kanak

Batuk lendir amat merisaukan para ibu bapa..Ini adalah berpunca dari batuk dan selsema.. Anak saya juga tidak terlepas dari terkena.. Aisyah umur seawal 8 bulan telah di wardedkan selama 1 minggu disebabkan jangkitan paru-paru.

Pengalaman ini sebanyak mengajar saya untuk mencari jalan dan mengatasi dari terkena kembali.

 Jika batuk berlendir ini, ia akan menyebabkan jangkitan pada paru-paru anak anda. Selain itu jugak, ia boleh mengangu sistem penafasan mereka.

Semasa rawatan yang diberikan ketika warded, jika telah dijangkiti paru-paru, doctor akan buat fisio setap hari.  MasyaAllah time ni memang sedih, dengar suara macam kene pukul. Mana taknya, si anak akan di korek hiduung dan dada,,,

Selain itu, setiap 4 jam, si anak akan diberikan nebulizer supaya rongga akan terbukak luas.

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE
 " ALWAYS GREEN"
 Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
♥ Contact No : 016 9622653
 ♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN.

 Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Tuesday 26 November 2013

Waktu Tidur Mempengaruhi Kesuburan Anda

Assalammualaikum....

Pelik tapi benar!! waktu tidur kita mempengaruhi kesuburan seorang wanita.

Kajian menyataakan wanita yang cukup tidur iaitu 7-8 jam sehari mempunyai kesuburan yang elok berbanding waktu tidurnya tidak teratur.

Secara logiknya, waktu tidur ini merupakan waktu kita rehat..Apabila kita cukup rehat, hormon kita juga stabil berbanding tak cukup tidur, hormon tidak stabil dan b oleh menyebabkan stress dan sebagainya.

Saya juga terbaca dalam blog DrZubaidi, beliau menyatakan bahawa jika wanita berlebihan tidur akan mempunyai hormon prolaktin yang tinggi.. Seperti yang diketahui, amnya hormon prolaktin adalah hormon yang mengeluarkan susu,. Jika ibu menyusu, period pun boleh terhenti.. Logiknya di sini kita lihat ketidak seimbangan hormon menyebabkan wanita sukar hamil.

Oleh itu, disarankan kaum wanita perlulah cukup rehat, cukup tidur k....

GLA Complex dan B Complex juga dapat membantu anda....

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE
 " ALWAYS GREEN"
 Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
♥ Contact No : 016 9622653
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN.

 Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Monday 25 November 2013

Bahaya Kekurangan Vitamin Bagi Ibu Hamil

Bahaya Kekurangan Vitamin bagi Ibu Hamil

BAHAYA KEKURANGAN VITAMIN BAGI IBU HAMIL....Diet seharian tidak mampu untuk mengisi ruang-ruang yang diperlukan oleh ibu hamil.

Mahukah ini berlaku kepada bayi anda?? >>

Berisiko mengalami KECACATAN SARAF BAYI (Neural Tube Defect).
>> Berisiko dilahirkan PRA MATANG dan CACAT.
>> Masalah PERNAFASAN semasa lahir.
>> KURANG BERAT BADAN semasa dilahirkan.
>> Masalah PERKEMBANGAN dan TUMBESARAN.
>> Mempengaruhi MENTAL BAYI.
>> Melemahkan SISTEM IMUNISASI bayi.
>> Perkembangan tulang dan gigi bayi lemah.

Mahukah ini berlaku kepada diri anda?
>> Berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA yang boleh membawa MAUT.
>> Susah untuk bersalin.
>> Meningkatkan risiko bersalin melalui CESAREAN.
>> Kekurangan PROTEIN mengakibatkan kekurangan air ketuban dan darah serta

MERENCATKAN PERKEMBANGAN RAHIM, PLASENTA dan PERKEMBANGAN BAYI.
>> RISIKO ibu menghidap ANEMIA.
>> Pendarahan tak terkawal semasa melahirkan.
>> RISIKO keguguran.

Mahukah anda mengalami seperti ini kerana sayangkan duit untuk dibelanjakan bagi memenuhi keperluan anda sebagai seorang ibu hamil selama 9 bulan? Mahukah ini berlaku kepada anda sendiri atau isteri dan anak anda? Bezakan vitamin sintetik dan semulajadi. Buat pilihan yang terbaik bagi anda dan bayi mendapat nutrisi yang terbaik. Pastinya SHAKLEE pilihan yang SEMULAJADI!
Set Kecantikan Kulit, Set Kulit Berjerawat, Set Resdung, Set Diet Secara Sihat, Set Hamil, Set Ibu Menyusu, Set Dalaman Wanita, Set Kanak-Kanak, Alfalfa, Set Slimming, Omega, Shaklee Seremban, Shaklee Melaka, Shaklee Temerloh, Shaklee Bangi, Shaklee Nilai,Shaklee Selangor,Shaklee Mentakab, Parut pudar dengan Vita E
TESTIMONI

credit to : yoursvitaminshoppe.blogspot

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE
 " ALWAYS GREEN"

 Yours Shaklee Independent Distributor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850] 
♥ Contact No : 016 9622653 
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

 Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas. 

 LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Bahaya Pil Kurus !

PIL Duromine boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa merujuk kepada doktor terlebih dulu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keinginan mempunyai badan yang cantik dan langsing dengan cepat menyebabkan sebilangan pengguna hari ini tidak menghiraukan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan yang boleh membahayakan diri mereka.
Ada antara mereka yang cuba mengambil jalan singkat untuk mengurangkan berat badan tanpa mengamalkan diet yang seimbang sehingga menyebabkan mereka menderita penyakit seperti bulimia (memuntahkan makanan) dan anoreksia (takut untuk makan).
Lebih membimbangkan, terdapat pihak yang terlalu taksub dengan kempen penjualan pil-pil kurus seperti pil Duromine yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada diri sendiri.
Pil berkenaan tidak boleh dibeli di farmasi ataupun kedai ubat kerana ia merupakan ubat kawalan dan boleh didapati melalui preskripsi doktor sahaja.
Menurut seorang pengamal perubatan, Dr. Hamdi Mohd. Noor (gambar kecil), pil Duromine sebenarnya hanya dibenarkan kepada mereka yang mengalami risiko perubatan sekiranya terus mempunyai berat badan berlebihan.
Beliau berkata, pil tersebut akan bertindak merangsang otak untuk mengawal selera makan seseorang.
“Duromine juga cuma diberikan kepada mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang melebihi 30 agar berat badan mereka dapat dikurangkan.
“Ia selalunya diambil untuk tempoh masa yang singkat dan sekiranya tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dua minggu maka pengambilannya harus dihentikan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Dalam perkembangan yang sama, Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr. Norfazilawaty Abdul Latif memberitahu, pil tersebut mempunyai banyak kesan sampingan yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.
“Sesiapa yang mengambil pil tersebut sebenarnya berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti kegagalan buah pinggang, gangguan atau susah untuk tidur, sembelit, mati pucuk dan banyak lagi.
“Pil tersebut juga akan mengganggu metabolisme hati di mana hati tidak dapat memproses glukosa dengan sempurna dan akhirnya ia akan menjejaskan kesihatan,” katanya.
Tambah Norfazilawaty, pengambilan pil tersebut merupakan jalan terakhir kepada mereka yang mengalami masalah berat badan kerana ia bukanlah cara yang betul untuk mengurangkan berat badan.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan supaya mengubah cara hidup yang sedia ada kepada amalan yang lebih sihat.
Ujarnya, menjaga pemakanan, bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang merupakan cara yang sihat dan tidak membahayakan kesihatan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm#ixzz2lZg8Kb6J 
Hakcipta terpelihara 

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE

 " ALWAYS GREEN"

 Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
♥ Contact No : 016 9622653
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia.

 Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Sunday 24 November 2013

Yong Tau Foo

Yong Tau Fu

Assalam..

Asyik post Shaklee je kan.. kali ni kita share resepi pulak.. actually dulu Sue memang blogger masakan dan mengajar orang buat kek dan coklat... Bila pregnant anak no 2, terus stop...

Now, Sue akan share tentang kesihatan dan juga sharing resepi

Baru ni sue sempat buat yong tau foo.. godek resepi internet jugak..

ok meh kita tgk resepi nya yang su amik dari myresepi..mohon copy paste :
Kuah Yong Tau Fu :
Sumber : Myresepi dari Minami133

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto

Cara-cara :

Masukkan minyak dalam kuali.
Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka.
Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).

masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Friday 15 November 2013

Pentingnya Kalsiam Dalam Badan

Ostematrix Shaklee Dapat Membantu Masalah Kekurangan Kalsium

Assalammualaikum..
ermm hari ni kite share tentang kekurangan kalsium dan apa yg boleh membantu kita mengatasi masalah ini, ibu mengandung perlukan kalsium, ibu bapa yg dah agak berumur lagi la perlukan kalsium..semakin meningkat umur..semakin kurang kalsium dalam badan kite nie..ok..Jom lihat faedah dr pengambilan ostematrix shaklee ini..
Set Kecantikan Kulit, Set Kulit Berjerawat, Set Resdung, Set Diet Secara Sihat, Set Hamil, Set Ibu Menyusu, Set Dalaman Wanita, Set Kanak-Kanak, Alfalfa, Set Slimming, Omega, Shaklee Seremban, Shaklee Melaka, Shaklee Temerloh, Shaklee Bangi, Shaklee Nilai,Shaklee Selangor,Shaklee Mentakab, Parut pudar dengan Vita E

Dengan Kalsium Ostematrix dari Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan dari Kalsium, tetapi lebih dari itu.
Kalsium Shaklee Ostematrix adalah Kalsium Terbaik di Malaysia.

Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :

1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik

Shaklee Ostematrix Membekalkan :

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
Set Kecantikan Kulit, Set Kulit Berjerawat, Set Resdung, Set Diet Secara Sihat, Set Hamil, Set Ibu Menyusu, Set Dalaman Wanita, Set Kanak-Kanak, Alfalfa, Set Slimming, Omega, Shaklee Seremban, Shaklee Melaka, Shaklee Temerloh, Shaklee Bangi, Shaklee Nilai,Shaklee Selangor,Shaklee Mentakab, Parut pudar dengan Vita E

Kenapa Anda Mesti Memilih Kalsium Ostematrix Shaklee?

Pada tahun 2006, suami saya telah mengalami bengkak di pergelangan tangan. Kemungkinan besar kenapa pergelangan dia bengkak adalah disebabkan masalah tulang. Ianya bukan setakat bengkak sahaja, malah kebanyakkan masa lebih kepada menyakitkan. Banyak kerja tidak boleh dilakukan disebabkan masalah pergelangan tangan ini.

Doktor pakar yang merawat dia pada masa itu mencadangkan untuk membuat pembedahan pada tangannya untuk menghilangkan bengkak pada tangan.

Tetapi suami saya memilih untuk tidak meneruskan cadangan doktor tersebut tetapi mencuba cara tradisional iaitu dengan mengurut.

Selepas 3 tahun, masalah tangannya yang bengkak masih sama dan tiada tanda untuk surut atau pulih.

Dalam masa yang sama dia membeli produk-produk Kalsium yang ada di pasaran. Hasilnya, sama sahaja seperti tidak mengambil apa-apa suplemen.

Pada 2010, officemate dia (yang juga salah seorang pengedar Shaklee) telah memperkenalkan produk-produk Shaklee padanya. Memandangkan Shaklee adalah sebuah company MLM, dia tidaklah berminat sangat.

Bukan apa, kat luar tu berlambak company-company MLM yang konon menawarkan produk-produk yang mampu memberikan kesan yang ajaib.

Bagaimanapun, disebabkan kesungguhan beliau, dia pun mencubalah sebotol Produk Kalsium Shaklee Ostematrix ini.

Hari Pertama pengambilan, sama lah macam produk-produk kalsium yang saya cuba sebelum ni.

Hari Kedua, pun lebih kurang jer.

Tapi pada Hari Ketiga, baru dia perasan yang bengkak pada tangan dah takde. Sakit tangan pun dah hilang. Macam magic pulak!

Bukan itu saja, sakit pada bahagian belakang dia pun dah takde. Jadi, semenjak 2010 dia tidak berhenti mengambil Kalsium Ostematrix Shaklee dan tidak lagi memilih produk selain daripada Shaklee. (Hanya Shaklee di hatinya! chewah!)

Kalau nak katakan mahal, suami saya pernah comparekan harga Shaklee dengan produk-produk lain (yang pernah dicuba), harga Shaklee lebih kurang, malah lebih jauh murah daripada kebanyakkan produk. Yang paling penting, value yang diberikan Shaklee adalah terbaik. Dia mengata pada saya, dia tidak pernah menyesal malah berterima kasih kepada kawan officematenya yang berterusan menggalakkan dia untuk mencuba vitamin unik ini. Dan seterusnya, suami saya pun setuju sepenuhnya dengan keputusan saya untuk menjadi pengedar sah Shaklee.

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE 

" ALWAYS GREEN"

 Yours Shaklee Independent Distributor 

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850] 
♥ Contact No : 016 9622653 
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com 

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Masalah Susu Ibu Sedikit? Kurma Milk Booster!!

DATES/ KURMA  
images-2

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsiumyang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.   Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik ianya amat berkesan untuk membantu dalam proses penyembuhan gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten di dalam perut telah menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.   Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Nabi Muhammad SAW juga ada bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.
 Kita juga digalakkan memakan Kurma setiap hari.. ia bukan sahaja Milk Booster, malah memberikan tenaga yang hebat terutama ketika berpuasa. Tenaga yang diberikan sangat cukup bekalannya.

Para ibu digalakkan mengambil Milk Booster mengikut keperluan badan. Selalunya ibu yang menyusu ni akan rasa selalu penat. 
Jom Dapatkan Supplement menyusu. Sila hubungi no di bawah

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE " ALWAYS GREEN" Yours Shaklee Independent Distributor ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850] ♥ Contact No : 016 9622653 ♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Thursday 14 November 2013

Masalah Bayi Sembelit

SAYA mempunyai anak berumur 6 bulan. Semenjak saya memberikannya makanan (bubur) anak saya sering sembelit malah sehinggakan ada darah pada najisnya. Anak saya juga tidak berapa suka minum air masak. Ada ketikanya anak saya menangis ketika membuang air besar walaupun saya sudah campurkan buburnya dengan sayur dan sedikit buah. Mengapa anak saya tetap sembelit? Apa yang harus saya lakukan untuk mengatasinya? Kalau boleh saya tidak mahu memberikan ubat kepada anak saya setiap kali dia membuang air besar. Adakah susu formula baik untuk sembelit?
n Ibu muda, Kuala Lumpur

JAWAPAN:
Sembelit memang selalu terjadi di kalangan bayi. Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak. Kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain.

Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.

DicegahPerkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit adalah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak dan ia menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan bayi.
Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.

Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya seperti yang dialami oleh bayi puan. Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi seperti yang puan maklum bahawa anak puan tidak suka minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.

LangkahAnda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.

Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130217/kn_01/Mengatasi-sembelit-bayi#ixzz2kdSV5gM2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE
 " ALWAYS GREEN" 

 Yours Shaklee Independent Distributor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850] 
♥ Contact No : 016 9622653 
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com 

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia.

 Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Tips Mudah Untuk Kurus !!

Diet sihat

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 
 
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 
 
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
 
4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
 
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
 
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
 
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
 
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
 
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
 
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 
 
11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
 
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
 
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
 
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
 
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 
 
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
 
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
 
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
 
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
 
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Credit to Majalah Rapi

Begitulah tip cara nak kurus... Namun ada juga supplement yang MEMBANTU kita..Kenapa saya kata membantu, sebab jika kita makan apa apa supplemet pun even pil kurus.. tapi asyik duk makan je.. tiada guna juga...

Kita kene menjalani kehidupan yang lebih sihat. Ini kerana penyakit yang datang tidak kira usia dan masa. Sekarang macam-macam penyakit kita lihat.

Di sini Sue cadangkan Set Shaklee yang dapat membantu kita membakar lemak dan kolestrol, membuang toksin badan dan juga membina otot kita.

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE

 " ALWAYS GREEN"

 Yours Shaklee Independent Distributor

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
 ♥ Contact No : 016 9622653
 ♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Thursday 7 November 2013

Apa itu Ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.
Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.
Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.
Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.
Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.
Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.
Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.
Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.
Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.
Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.
Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.
Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawatpengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Inilah apa yang kami tahu:
• 
Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti 
diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:
• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai 
alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang 
bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.