Thursday 14 November 2013

Masalah Bayi Sembelit


SAYA mempunyai anak berumur 6 bulan. Semenjak saya memberikannya makanan (bubur) anak saya sering sembelit malah sehinggakan ada darah pada najisnya. Anak saya juga tidak berapa suka minum air masak. Ada ketikanya anak saya menangis ketika membuang air besar walaupun saya sudah campurkan buburnya dengan sayur dan sedikit buah. Mengapa anak saya tetap sembelit? Apa yang harus saya lakukan untuk mengatasinya? Kalau boleh saya tidak mahu memberikan ubat kepada anak saya setiap kali dia membuang air besar. Adakah susu formula baik untuk sembelit?
n Ibu muda, Kuala Lumpur


JAWAPAN:
Sembelit memang selalu terjadi di kalangan bayi. Bayi mengeluarkan najis yang keras dan banyak. Kadangkala najis hanya keluar sekali dalam beberapa hari. Berapa kerapnya seseorang bayi itu mengeluarkan najis berbeza di antara satu bayi dengan bayi yang lain.

Ada bayi yang dapat mengeluarkan najis dengan senang walaupun keras dan banyak dan ada juga bayi yang bukan sahaja sukar mengeluarkan najisnya yang keras dan besar tetapi mendapat kelukaan di bahagian dubur menyebabkan pendarahan pada bahagian itu.


DicegahPerkara seperti ini perlulah dicegah daripada berlaku kerana mungkin menimbulkan masalah pembuangan najis bagi bayi itu sampai dia dewasa kelak. Sembelit adalah salah satu daripada masalah pemberian makanan yang biasa di kalangan kanak-kanak dan ia menyebabkan ketidakselesaan dalam kalangan bayi.
Sembelit bukan sekadar berapa kali bayi membuang air besar dalam sehari kerana kekerapan membuang air besar amat berbeza antara seseorang bayi dengan yang lain. Yang lebih penting ialah bentuk najis yang dihasilkan. Tanda-tanda sembelit termasuklah ketulan najis yang amat keras dan kekerapan membuang air besar yang kurang daripada biasa. Bayi anda dikatakan mengalami sembelit jika dia kelihatan sakit atau perlu menggunakan daya yang kuat untuk membuang air besar. Semasa membuang najis yang keras, dubur bayi mungkin rekah dan berdarah. Bayi yang mempunyai luka pada duburnya akan enggan membuang air besar untuk mengelakkan kesakitan. Ini memburukkan lagi keadaan sembelit.


Sembelit jarang berlaku di kalangan bayi yang diberi susu ibu. Namun, bayi boleh mengalami sembelit apabila dietnya berubah, misalnya apabila makanan pejal diperkenalkan kepadanya seperti yang dialami oleh bayi puan. Sembelit juga disebabkan oleh dehidrasi seperti yang puan maklum bahawa anak puan tidak suka minum air masak. Pembancuhan susu formula yang tidak mengikut sukatan betul juga boleh mengakibatkan sembelit. Sembelit boleh juga disebabkan oleh masalah perubatan yang serius tetapi ini jarang berlaku.

LangkahAnda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.


Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130217/kn_01/Mengatasi-sembelit-bayi#ixzz2kdSV5gM2
© Utusan Melayu (M) Bhd 




SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE
 " ALWAYS GREEN" 

 Yours Shaklee Independent Distributor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850] 
♥ Contact No : 016 9622653 
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com 

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia.

 Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

No comments:

Post a Comment