Wednesday 25 December 2013

Nak kurus? Pecah Lemak? Anak Sihat?

Assalam..

Kami menyediakan Set Kurus dan set Si manja dengan harga istimewa..

Tips turun berat badan yang berkesan...

Jika ank anda sering demam batuk dan selsema, set si manja dapat membantu.

COD sekitar Seremban Senawang Paroi Seremban 2

COD sekitar Maju Junction Sogo Jalan Tar Jln Sultan Ismail ( hari bekerja)

sms/ whatsapp
016 9622653

Sunday 22 December 2013

Kenangan Sebagai Baker

Assalam...
Sebelum mencuburi shaklee ni..Sue juga pernah menjadi cikgu mengajar coklat dan kek..Nikmat sebagai baker lain dengan nikmat dengan Shaklee..

Apapun rezeki datang dari Allah..hanya kita yg mencarinya ..

Ni gambar kek harijadi adik Nurul bersama Iman..Homemade Moist Choc Cake bersama topping ganace..

Doa Kebaikkan

Bismillah

Berdoalah kerana Doa dapat kita mendekatkan diri dengan Allah SWT

CARA KIRA HARI SUBUR

Bismillah..

Ramai yang masih belum tahu cara untuk kira waktu subur .

Waktu subur adalaha pada hari ke 14-18 dimana telur dihasilkan untuk disenyawakan..

Pengiraan itu berlaku ketika hari pertama datang darah haid..

Oleh itu..bagi yang masih menunggu cahaya mata..anda perlu tahu waktu subut anda..kerana bila tidak disenyawa maka ia akan gugur menjadi darah.

Bagi yang darah haid tidak teratur ..ia agak sukar untuk mengenal pasti..maka anda perlu berjumpa doktor..samada hormon bdan anda betul.

GLA adalah salah satu supplement yang dapat membantu membetulkan haid tidak teratur dah jugak kesuburan..

Untuk keterangan lanjut sms/whatsapp 016 9622653

Thursday 19 December 2013

KEPUTIHAN MELAMPAU?

Keputihan melampau jangan diabaikan..Kenapa? Keputihan ini akan mengakibatkan miss V anda akan berbau,mengeluarkan lendir kekuningan dan kehijauan kalo teruk  dan gatal...

Bukan itu sahaja, keputihan yang teruk ini akan mengakibatkan jangkitan di sekitar vagina dan jika teruk akan berjangkit di saluran peranakkan.

Keputihan ini normal..selalunya berlaku akibat badan terlalu penat dan semasa mengandung.

Kelembaban itu akan mengakibatkan jangkita  kulat.

Oleh itu atasilah sebelum keadaan menjadi lebih truk.

Hubungi kami
016 9622653

Produk Shaklee Mahal?

Bismillah Walhamdulillah

Set shaklee ni Mahal! Tak mampu nak pakai...

Statment yang biasa didengar..tapi tak pernah nak tanya berapa harganya..bila bitau pulak..auchh mahalnyaaaa!!!

Sebenarnya Shaklee tak mahal pun..kalau beli sebotol tu kebanyakkan nya tahan 2-4 bulan...haa mahal ke...mcm vitamin C shaklee pulak tahan 6 bulan lagi..

Sebulan tu dalam RM10-15 jer..murah kannn..

Tak percaya..tak paksa untuk.percaya tetapi hakikat..

Cer tengok..macam.murah jer..macam.tahan.lama jer...

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami
016 9622653

Sunday 15 December 2013

Zikir Banyakkan Susu

Bismillah walhamdulillah

Sebelum ini, sudah disertakan doa banyakkan susu badan..Kali ini zikir untuk banyakkan susu..

Zikirlah ketika anda pam..ketika menyusu..niat di hati ingin menyusu sehingga anak berusia dua tahun..

Mohon kepadaNya..dan ingat konsep Demand vs Supply..

Kejarlah pahala yang hanya ada pada kaum Hawa....

♥♥♥♥♥
Sue
Hidup Ingin Memberi

Berpantang secara moden

mBismillah walhamdulillah

Berpantang adalah waktu dimana si ibu berehat dan membelai kembali tubuh badan..

Pantang makan juga perlu supaya badan kita tidak sakit urat dimana akan rasa kesakitannya bila umur semakin berusia..

Pantang secara moden bukan bermakna tidak melakukan proses bertungku,berurut,mandian herba dan seangkatan nya..cuma istilah moden disini dimana si ibu mengambil set pantang yang terdiri dari alfafa,b complex ,.ostematrix dan seangkatannya...

Set ini mengantikan jamu yang sebelum ini para ibu amalkan..Bukan kata jami tak elok..cuma selalunya jamu agak panas..tidak sesuai bagi ibu yang menyusu..kerana anak akan mengalami cirit or ruam...selain itu tidak sesuai jika anak mengalamo masalaj kuning...

Kacip fatimah amat penting dalam proses ini kerana bukan sahaja perapat tetapi memulihkan masalah dalaman wanita. Dalam set ini Alfafa dapat membantu dan mengantikan kacip fatimah..Selain itu, ia sebagai pengalak susu.

Zinc dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka...

Ramai ibu telah beralih kepada set ini..bukan sahaja untuk 44 hari malah tahan sehingga 4 bulan..

Mari kita memilih Set Pantang shaklee.

Hubungi kami
016 9622653

COD area Seremban, Paroi,Senawang dan sekitarnya..

Juga boleh didapati di Kuala Lumpur pada hari bekerja..

Mentakab dan Temerloh

Thursday 12 December 2013

Doa Tambah Susu Ibu

Bismillah Walhamdulillah

Susu ibu anugerah yang sangat istinewa untuk insan bernama wanita..

Di sini saya sertakan doa memperbanyakkan susu...

Sambil berdoa,tangan letak di dada sambil urut..niatkan yang ibu semua ingin susukan anak selama dua tahun..insya Allah..

Wednesday 11 December 2013

Vission Board!

Bismillah Walhamdulillah...

Vission Board!

Dulu tak pernah nak ada...
Bila leader suruh  buat taku pernah nk.buat..lambat baru buat..

Alasan kenapa yerk..tak buat pun takpe..ingat dlm kepala je lah...

Tadi..bila ada training dia tak.sedut vission.board tapi video collage..betul ke yer spelling dia..

Collage? Yang aku tau hanya tampal tampal.time sekolah dulu..

Bila trainer suh buat upenya ia seakan vission board..what we want after 10 years...
Dia cakap..gambar itu akan kembali kepada kita bila.kita selalu tengok..sebut.

Oh baru ku teringat My Vission Board With Shaklee..

Saya nk Financial Freedom 2 tahun akan dtg..
Saya nak.bawak family gi tunai haji umrah..
Saya nak.beli rumah dan kereta besar.

Itu adalah salah satu vission board yg saya impikan.

Abadikanlah..sebutkanlah hari hari.
insyaAllah ia akan kembali kepada kita..

Power of Doa

Tuesday 10 December 2013

Bahaya steriod pada kulit bayi

Bismillah Walhamdulillah

Kulit kanak-kanak sangat sensitif dengan persekitaran. Hama,habuk salah satu faktor persekitaran yang boleh menyebabkan kulit gatal.

Namun, faktor keturunan.juga boleh menyebabkan kulit bayi mengalami alahan contohnya seperti eczema. Selalunya ia akan mengambil masa yang panjang san selalunya bila si kecik berumur 2- 3 tahun yang datang.

Cream steriod tidak elok.untuk sibayi.anda. Walaupun.sedikit kesan jangka panjang.

Cream Herblend.dapat membantu.

Monday 9 December 2013

Apa itu skurvi?

Skurvi adalah penyakit gusi berdarah. Ini adalah salah satu pertanda bahawa kita kekurangan vitamin C. Jika anda perasan, ketika anda memberus gigi, ada ketikanya gusi akan berdarah..Maka atasi la sebelum ia membawa parah..

Anda perlu mengambil secukupnya vitamin c dan vitamin yang lain..Ia boleh di ambil melalui cara permakanan yang berkhasiat dan buah buahan..

Rujuk kembali piramid makanan kita..dan kaji simptom yang boleh menunjukkan kekurangan vitamin.

Supplement Vitamin C Shaklee berbentuk pil yang mudah di telan. Mempunyai 180 biji iaitu tahan selama 6 bulan.Berbaloikan?

1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji buah oren..

Khasiat Vitamin C Shaklee
*************************
☆ Mencantikkan kulit
☆ Memudarkan parut pada kulit
☆ Sangat sesuai bagi yang mempunyai alahan
☆ Mengelakkan penyakit gusi atau skurvi
☆ Sesuai untuk ibu mengandung kerana ibu hamil mudah terkena gusi berdarah
☆ Meningkatkan kadar immun badan

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami di

016 9622653

Like page www.facebook.com/VitaminCintaku

COD Sekitar Seremban,Sikamat,Paroi,Senawang dan Kl ( Weekdays)

Saturday 7 December 2013

ANAK CERGAS DAN CERDAS DENGAN MEALSHAKES & OMEGA GUARDS




















SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE

 " ALWAYS GREEN"

 Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
♥ Contact No : 016 9622653
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas.

 LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Friday 6 December 2013

OMEGA BANTU PERKEMBANGAN OTAK

Assalam..

Bismillah walhamdulillah...

Omega Guard! Promosi bulan Dec 2013..Ramai betul customer yang mengambil Omega untuk anak mereka. Kenapa??
Seperti yang kita tahu, Omega merupakan minyak ikan semulajadi..Kaya dengan DHA secara semulajadi..

Apa keistimewaan Omega Guards?
☆ Perkembangan otak si manja
☆ Memelihara jantung
☆Membakar lemak dan kolestrol
☆ Mencerdaskan otak..
☆ Meningkatkan imun badan si anak
☆ Mencairkan  kahak

Sekarang musim sejuk. Bagi anak yang mempunyai masalah asthma..batuk selsema..

Jom dapatkan Omega denga  harga jatuh menjunam..

Sue
016 9622653

Tuesday 3 December 2013

Cara Mengawal Anak dari Obesiti

Pada masa sekarang, penyakit tidak lagi mengenak usia...Tidak kira kecil atau dewasa...

Obesiti dikalangan kanak-kanak makin menular..ini disebabkan terlalu banyak makanan segera.

Burger,ais krim,jajan memang sedap di makan tetapi para ibu bapa mestilah bijak mengawalnya..

Darah tinggi dan kencing manis memang penyakit yang senang dihidapi oleh para obesiti..

Jom kita lihat bagaimana nak mengawal anak dari obes..
♥ Ibu kenalah rajin masak..masakkan kat rumah ni kita boleh kawal kandungan minyak dan lemak berlebihan..
♥ Masak dan berikan makanan berkhasiat
♥ Jadikan buahan sebagai jajan mereka
♥ Jangan amalkan minuman bergas dan manis
♥ Beriadah..jangan duk bagi tab..ps2..tu pun boleh mudarat mata.
♥ Kawal.permaknan anak..biar doa nangis nak tambah makan dari tambah berat yang akan menyusahkan
♥ Beritahu anak akibat badan gemuk..orang akan ejek..nanti ada penyakit

Disini, set Shaklee ada juga untuk kanak kanak bagi obesiti..

Omega Guards yang tinggi DHA mampu meningkatkan tahap ingatan anak dan perkembangan otak mereka. Selain itu dapat menjaga jantung dan turunkan kolestrol dan bakar lemak.

Jom berikan yang terbaik untuk anak.anda..

promosi Omega buy 6 free 1..
Anda dapat money cash back lagi.

Cod mentakab..temerloh dan seremban.

hubungi
sue
016 9622663

Masalah Kencing Manis Ketika Hamil

Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.


Apa punca kencing manis ketika mengandung?


  1. Punca utama kerana tahap glukosa dalam badan ibu tinggi dari keperluan normal. Ini terjadi bila hormon insulin tidak cukup untuk tukarkan glukosa kepada tenaga bagi keperluan sel badan atau tabiat pemakanan ibu yang tinggi gula.
  2. Punca kedua disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta (uri) untuk bantu tumbesaran bayi. Hormon tu memang bagus untuk bayi tapi akibatnya sel-sel dalam badan ibu jadi kalis (orang putih cakap ‘immune’) pada insulin. Ini menyebabkan terjadinya masalah kalis insulin.

Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?


  • Semua ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis ketika mengandung seperti:
  • Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
  • Sejarah keluarga menghidap diabetis
  • Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
  • Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
  • Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
  • Ibu hamil kembar
  • Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)

Bagaimana nak tahu saya menghidap kencing manis ketika mengandung?


  • Dikesan melalui pemeriksaan darah selepas minum air gula. Biasanya ibu akan disuruh berpuasa malam sebelumnya.
  • Biasa kan bila check dekat klinik, nurse mesti cakap ‘ gula awak tinggi ni, jaga-jaga sikit ya’.. haaa kenapa nak kena jaga-jaga sangat tu?

Apa kesan diabetis ketika mengandung pada ibu dan bayi?


1. Pada ibu
  • Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi  dan lebihan protein dalam air kecing)
  • Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
  • Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
  • 50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari

2. Pada bayi

  • Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
  • Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
  • Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
  • Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan  mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
  • Sakit kuning (jaundice)
  • Bayi sukar bernafas
  • Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada  kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.


SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE

 " ALWAYS GREEN" 
 Yours Shaklee Independent Distributor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850] 
♥ Contact No : 016 9622653 
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com 

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas

. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Omega Guards Penting Ketika kehamilan


[LEMAK & ASID LEMAK] Nutrien Perlu Untuk Faedah Optimum Sewaktu Kehamilan

Lemak adalah perlu untuk kehidupan kerana ia membina dinding sel dan penting untuk perkembangan sistem saraf bayi.

Asid Lemak Perlu merupakan asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diperolehi daripada makanan. Ia merupakan bahagian yang perlu di dalam diet yang sihat dan terbahagi kepada 2 keluarga: asid lemak omega 6 dan asid lemak omega 3, yang mana asid linoleik (LA) dan asid alfa-linoleik (ALA) merupakan hasil akhir masing-masing.

Di dalam badan, LA dan ALA seterusnya diproses dan ditukarkan kepada asid lemak berantai panjang masing-masing (LCPUFA): LA kepada AA (Asid Arakidonik dan ALA kepada DHA (Asid Dokosaheksanoik).


  • Asid Lemak Omega-3 : ALA & DHA
  • Asid Lemak Omega-4 : LA & AA

Mengapa Lemak & Asid Lemak Penting?

Kebaikan Untuk Anda:
  • Sumber tenaga.
  • Meningkatkan penyerapan vitamin larut-lemak A, D, E, K.
  • Melindungi organ-organ yang lembut untuk mengelakkannya dari mendapat kejutan atau renjatan.
  • DHA terutamanya penting kerana ia memperbaiki kesan kehamilan dan mengurangkan kemurungan postpartum.

Kebaikan Untuk Bayi:
  • Membina dinding sel dan diperlukan untuk perkembangan dan fungsi sistem saraf tunjang bayi yang sempurna.
  • Menggalakkan tumbesaran dan perkembangan normal bayi dan kanak-kanak.
Kebaikan Untuk Anda dan Bayi:
  • Menyediakan bahan binaan bagi kelas hormon yang dipanggil eikosanoid, yang terlibat dalam proses mengawal proses metabolik seperti tekanan darah, tindakbalas radang, metabolisma lemak, tindakbalas ketahanan badan dan pembekuan darah.
  • Membantu mengekalkan kulit yang sihat.

Lemak di Dalam Makanan

Kajian telah menunjukkan bahawa ibu hamil yang mengambil banyak ikan berlemak seperti salmon, tuna, sardin, makerel dan kod mempunyai jumlah DHA yang tinggi dan ianya akan diturunkan kepada bayi. Penyelidik juga mendapati bahawa DHA dan AA yang berada pada keseimbangan yang betul bersama-sama dengan bahan kimia otak yang lain mungkin dapat menentukan kebijaksanaan, keseluruhan minda malah kesihatan kardiovaskular seseorang di masa depan. Pakar sekarang mencadangkan 300mg DHA sehari sebagai Pengambilan Mencukupi (AI) untuk ibu mengandung dan yang sedang meyusu badan.

Kebanyakan dari kita mengambil diet yang kaya dengan asid lemak omega-6 (dijumpai di dalam biji benih, bijian dan kekacang) dan rendah dengan asid lemak omega-3. Ini adalah kerana asid lemak omega-3 tidak dijumpai dengan banyakknya di dalam makanan. Untuk meningkatkan pengambilan asid lemak omega-3, gunalah minyak kacang soya dan kanola, yang merupakan sumber terbaik bagi ALA. Juga ambillah 'minyak ikan' sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk mendapatkan DHA di dalam diet anda. Namun, lemak dan minyak patut diambil sedikit sahaja, iaitu lebih kurang satu sudu makan sehari. Dan hadkan juga pengambilan makanan bergoreng dan berminyak seperti kentang goreng, ayam goreng atau pisang goreng.

OmegaGuard™

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Credit Supplementklinik

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE
 " ALWAYS GREEN"

 Yours Shaklee Independent Distributor

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]

♥ Contact No : 016 9622653

♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas.

 LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Monday 2 December 2013

INFO KESUBURAN : MAKANAN YG MENINGKATKAN KESUBURAN LELAKI


1. Makanan yang kaya vitamin C dan antioksidan.
Vit c membantu mencegah sperma yang cacat dan meningkatkan motiliti (gerakan dari sperma).

2. Cukupkan konsumsi zink.
Beberapa penelitian menunjukkan dalam waktu jangka pandek,lelaki yang kekurangan zink dalam tubuhnya boleh mengurangi volume dari air mani dan kadar testosteronnya. Setiap hari setidaknya konsumsi 11 miligram zink yang terkandung dlm kerang tiram, daging tidak berlemak (tenderloin), kacang yang dipanggang dan daging ayam hitam.

3. Memenuhi kandungan vitamin b.
Beberapa penelitian menunjukkan bahwa pria dengan kadar vitamin B yang rendah bisa menurunkan jumlah sperma dan kesuburan lelaki, vit b terdapat dlm sereal, sayuran hijau, kacang

4. Meningkatkan  kalsium dan vitamin D.
Menurut penelitian dari University of Wisconsin di Madison, mengonsumsi 1.000 mg kalsium dan 400 IU (10 mikrogram) vitamin D bisa meningkatkan kesuburan seorang pria. Sumber kalsium yang baik adalah skim milk dan yogurt sedangkan untuk sumber vitamin D bisa dari susu dan salmon.

5. Mengurangi konsumsi alkohol.
Mengonsumsi minuman anggur (wine), bir atau minuman keras lain yang mengandung alkohol bisa mengurangi jumlah sperma dan kadar testosteron. Selain itu juga meningkatkan jumlah sperma yang abnormal dan ejakulasi awal

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE " ALWAYS GREEN"

 Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
 ♥ Contact No : 016 9622653
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas

. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Doa Untuk Hamil



Zuriat itu merupakan rezeki dari Allah SWT.. Tak kira ianya hadir cepat atau lambat.. Kita perlu berusaham ikhtiar kerana setiap yg berlaku adalah ujian dari Allah SWT. Anda jangan cepat mengalah. Usaha perlu diiringi DOA..

Berdoalah dan diakhiri dengan Tawakal. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.



SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE

 " ALWAYS GREEN"
 Yours Shaklee Independent Distributor

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
♥ Contact No : 016 9622653
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas

. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

ATASI SAKIT KETIKA HAID




INFO KESUBURAN : SAKIT KETIKA HAID.BAGAIMANA MENGATASINYA?

August 28, 2013 at 8:46am
Sakit ketika haid atau lebih terkenal dgn nama dysmenorrhea atu senggugut adalah keadaan berlaku apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
Dysmenorrhea boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu jenis Primer: yang berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.Dysmenorrhea  Sekunder pula berlaku disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis.

Apakah cara-cara lain mengurangkan kesakitan ketika PMS?

1. Pemakanan Sihat
Serat yang tinggi dalam makanan mampu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan. Masukkan banyak buah dan sayuran dalam diet harian. Elakkan kafein seperti yang terdapat dalam kopi, coke dan sebagainya. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan gula.

2. Makanan Tambahan
Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E, dan omega-3 mengurangkan kekejangan ketika haid. Zink dan kasium juga mengurangkan kejang dan kekembungan. Kacip Fatimah juga boleh membantu mengatasi masalah senggugut

3.  Regangan
Terdapat beberapa regangan yang mampu mengurangkan kesakitan dan kekejangan. Cuba buat beberapa langkah yoga yang sesuai untuk mengurangkan gejala tersebut. Ianya juga sesuai dilakukan ketika PMS.

4. Senaman Ketika Haid
Lakukan senaman ringan ketika PMS seperti berjalan dan sebagainya. Perjalanan darah yang lancar mengelakkan daripada kekejangan.

5. Baring
Baring dengan kedudukan yang berbeza seperti disamping atau menghadap ke bawah. Boleh juga baring seperti biasa tetapi letakkan bantal di bawah kaki.

6. Penahan Sakit
Jika kes berlarutan baru fikirkan non-steroidal anti-inflammatory (NSAIDs) seperti ibuprofen atau naproxen. Jika tidak boleh menerima ibuprofen atau naproxen baru dapatkan aspirin atau acetaminophen. Dapatkan nasihat doktor.

7. Air atau Pad Panas
Letakkan botol atau pad berisi air panas ke atas perut. Menurut kajian, kesannya sama seperti mengambil ubat penahan sakit. Jika tidak pun, mandi air panas.

8. Urut
Urut di bahagian perut boleh melancarkan aliran darah yang akhirnya akan membawa darah berasid yang dihasilkan oleh otot yang bekerja di situ.


SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE
 " ALWAYS GREEN"

 Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
 ♥ Contact No : 016 9622653
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas.

 LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Apa itu Relaktasi?

Relaktasi / Mencetuskan Semula Penyusuan Semula Susu Ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Relaktasi ialah memulakan semula penyusuan susu ibu dengan bayi yang sama setelah ianya dihentikan untuk sebab-sebab tertentu

Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas seperti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan.

Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
1. Memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
2. Mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).


Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:
1. Pengeluaran susu sebelum berhenti
Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.

2. Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?
Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.

3. Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?
Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.
Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.
Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.


4. Kesediaan ibu.
Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu.
Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.

Bagaimana caranya?
1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu. 
Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.

Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
# Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
# Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
# Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
# Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
# Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
# Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.



Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;
a. Bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
# Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
# Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
# Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
# Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid

lactation aid (Gambar ihsan Google)


b. Bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
# Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
# Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
# Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
# Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu, jangan putus asa, tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.


Menggunakan lactation aid  (Gambar ihsan google)

2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.
# Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
# Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
# Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
# Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.

Feeding cup

Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
# Perah/pam dengan kerap
# Makan makanan berkhasiat dan seimbang
# Menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
# Kurangkan stress
# Berfikiran positif

Relaktasi bukanlah sesuatu yang mustahil. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau gagal. Ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.



Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman; kellymom.com, naturalchildbirth.org, idahopublichealth.com


Tips:

1) Yakin. Jika ibu tidak yakin, ianya agak sukar. Maksud saya, once dah buat keputusan untuk relaktasi, bertabahlah walau apa pun dugaan.

2) Berjumpa dengan kaunselor/pakar/doktor yang benar2 boleh membantu ada dalam program relaktasi. Ianya penting.

3) Pengambilan sebarang supplemen/ubat mestilah mengikut perskripsi dan nasihat daripada pakar. Ini penting untuk membolehkan anda tahu apa yang berlaku kepada badan anda sendiri.

supercute


4) Rutin memerah susu hendaklah dijaga dengan penuh konsistensi. Setiap 3-4 jam, 15-20 minit setiap payudara, dan ianya haruslah konsisten. Tanamkan dalam diri susu pasti akan dihasilkan semula jika kitaran supply & demand dijaga. Semakin banyak permintaan (stimulasi dari hisapan bayi atau pam susu), semakin banyak susu akan dihasilkan. Pastikan jadual memerah diisi setiap hari untuk mengetahui perubahan yang berlaku dari segi penghasilan/produksi susu ibu.

5) Ambil makanan penambah susu untuk meningkatkan lagi keyakinan anda. Namun harus diketahui, tidak bergantung harap 100% kepada makanan penambah susu jika rutin pemerahan atau penyusuan tidak diteruskan dengan konsisten kerana makanan penambah susu hanya membantu untuk menggalakkan penghasilan susu, bukan menghasilkan susu.

6) Doa dan doa dan doa yang tidak putus. Niatkan apa yang kita buat ini untuk anak kita, untuk masa depan mereka dan salah satu cara untuk mengharapkan keredhaanNya.



7) Berfikiran positif. Ini AMAT penting. Buangkan semua aura negatif seperti “buang masa je, apa pun tak keluar” atau “boleh ke ni…” atau apa2 kata negatif yang membantutkan aura positif anda. SABAR, itulah kuncinya!

Sumber: Sarakids.com dan Surijunior.blogspot


SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE
 " ALWAYS GREEN"

 Yours Shaklee Independent Distributor
 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
 ♥ Contact No : 016 9622653
 ♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN.

 Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas

. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Sunday 1 December 2013

MAKANAN PENAMBAH SUSU BADAN

INFO PENYUSUAN : MAKANAN YANG MEMBANTU PENINGKATAN PENGELUARAN SUSU IBU

July 20, 2013 at 8:12am

  1. oat-buat bubur, campur dalam minuman panas eg: milo or horlick or salut pada ayam or anything else sebelum menggoreng
  2. kurma-makan gitu jek or make it jus or blend kurma wif fresh milk
  3. kacang buncis-goreng or letak dalam masak lemak
  4. bayam & sawi-masak air or goreng
  5. lobak putih & pucuk meranti-lemak or tumis air
  6. longan kering-rebus & jadikan minuman harian
  7. tauhu & tempe-goreng saja or campurkan dalam masakan lain-lain
  8. susu-TERUTAMA SOYA BASED
  9. cheese-cheese cake or any kind of cheese
  10. alfafa-take in tablet, eg: product from shaklee
  11. halba or fenugreek-rendam & campurkan dalam makanan eg: nasi lemak, nasi putih or nasi dagang
  12. jambu & betik-makan saja
  13. ketam-masak lemak or berlada
  14. madu-masukkan dalam masakan, as a spread or campurkan dalam susu
  15. jantung pisang-celur, kerabu or masak lemak
  16. daun kuchai-campur dalam bihun goreng or goreng dengan udang, tauge, tauhu & tempe
  17. pucuk betik-celur buat ulam
  18. bawang putih-banyak sulfur bagus untuk sendi & membantu penghasilan susu
  19. red raspberry leave-in tablet from farmasi
  20. milo, horlick & teh hijau jepun-hot drink
  21. barli-buat bubur or hot drink
  22. makanan yang mengandungi yis-tapai pulut, tapai ubi or bread
  23. rich milk tea-take it frequently 1 cup 2 -5 times daily

MAKANAN YANG MENGURANGKAN SUPPLY SUSU IBU

  1. kobis mentah-coleslaw or ulam
  2. minuman berais-if ambil dalam kuantiti yang banyak
  3. herbs-parsli, pappermint, sage or oregano
lebih banyak yang kita boleh makan dari yang kita tak boleh makan. tapi kene ingat, food booster only works if there is frequent stimulation on your breast. kalau kita tak pump or direct feeding, memang membantutkan pengeluaran susu. and makanan2 di atas tidak memberikan reaksi yang sama untuk semua ibu. so kita boleh mengamalkan try & error. so selamat menambahkan susu badan.


Credit to Preaty Qiqi Healthy

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE

 " ALWAYS GREEN"

 Yours Shaklee Independent Distributor
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
♥ Contact No : 016 9622653
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas

. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

APA ITU PCOS



INFO KESUBURAN : APAKAH PCOS?

July 20, 2013 at 10:40am
Ia adalah perkara biasa bagi wanita untuk mempunyai ovari polisistik, yang bermakna ovari mereka menghasilkan lebih banyak folikel daripada biasa setiap bulan. Biasanya kira-kira lima folikel mula matang pada setiap kitaran haid dan sekurang-kurangnya satu  telur yang mengandungi folikel mengeluarkan telur matang pada ovulasi.

Tetapi ovari polisistik pula matang sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada folikel biasa, dan kebanyakannya membesar dan matang tetapi tidak melepaskan telur.POLYCYSTIC OVARIAN SYANDROME atau singkatannya PCOS  dianggarkan mengganggu  antara 22 dan 33 peratus daripada wanita.

Sesetengah wanita dengan sendirinya membangunkan sindrom ovari polisistik (PCOS), yang bermakna mereka mempunyai gejala-gejala lain di samping ovari polisistik.

PCOS berlaku apabila sistem hormon mereka tidak seimbang, membuatkan ovulasi jarang atau tidak teratur, dan menyebabkan perubahan lain dalam badan. Sindrom Polycystic ovari dianggarkan menjejaskan antara 5 dan 15 peratus daripada wanita dalam usia reproduktif, dan ia dianggap lebih biasa di kalangan wanita berketurunan Asia.
*Bila disebut wanita Asia adalah yang kerap menghidapi PCOS, rasenya boleh diagak puncanya. Mungkin kerana faktor pemakanan & kurang bersenam?

 Apa yang menyebabkan PCOS? 

1) penentangan terhadap hormon insulin (insulin resistance), yang bermakna anda perlu insulin lebih daripada biasa untuk mengawal tahap gula dalam badan. Insulin tambahan menyebabkan ketidakseimbangan kepada hormon yang biasanya membuat kitaran haid anda berjalan dengan lancar.(obesiti)

2) Terlalu banyak hormon luteinising (LH) dihasilkan berbanding dengan  hormon peransang folikel (FSH), yang seterusnya menyebabkan folikel di ovari menghasilkan lebih banyak hormon lelaki (testosteron) daripada  hormon wanita (estrogen).

3) Kelenjar adrenal mula menghasilkan jumlah peningkatan testosteron juga.
Terlalu banyak testosteron menghalang ovulasi, bersama-sama dengan gejala-gejala lain yang berkaitan dengan sindrom ini. Oestrogen masih dihasilkan tetapi, kerana folikel tidak sampai ke tahap kematangan apabila pengeluaran progesteron mula meningkat, wanita dengan PCOS boleh menjadi kekurangan progesteron.

Apakah tanda-tanda?
Ramai wanita yang mempunyai ovari polisistik mula mempunyai haid yang tidak teratur atau jarang dalam tempoh tiga atau empat tahun sejak bermula haid pertama. Kira-kira separuh wanita yang terjejas oleh keadaan ini juga mempunyai berat badan dan pertumbuhan rambut yang berlebihan.
Jika anda mempunyai ovari polisistik anda mungkin mengalami:
  • haid yang tidak teratur atau tidak wujud
  • pendarahan yang sangat ringan atau sangat berat semasa haid
  • ketidakselesaan abdomen
  • pertumbuhan rambut yang berlebihan di muka, dada dan bahagian bawah abdomen
  • jerawat
Anda juga mungkin:
  • tidak subur
  • mempunyai berat badan berlebihan (obesiti).
Bagaimana ia dikesan?
Doktor anda akan perlu untuk mengecualikan sebab-sebab lain yang mungkin menyumbang kepada gejala-gejala anda, seperti masalah tiroid, sebelum PCOS boleh didiagnosis. Doktor akan mendiagnosis PCOS berdasarkan:
  • sejarah perubatan anda
  • ujian darah untuk mengukur tahap hormon (Hari ke-2 & 21 kitaran haid)
  • ultrasound untuk memeriksa tahap pembesaran ovari polikistik.
Bagaimana ia dirawat?
1) Amalkan  gaya hidup sihat,mengawal berat badan dan senaman

2) Wanita yang tidak mahu untuk hamil boleh menggunakan pil atau ubat-ubatan lain untuk membetulkan ketidakseimbangan hormon. Rawatan hormon akan mengawal selia kitaran haid anda dan boleh mengurangkan pertumbuhan rambut yang tidak normal dan jerawat.

3) Ubat-ubatan hospital yang digunakan dalam rawatan kesuburan, seperti clomifene, tamoxifen dan gonadotrophins, boleh membantu wanita dengan PCOS yang ingin hamil.

4) Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, doktor anda akan menasihatkan agar anda mengubah gaya hidup sebelum mencuba ubat kesuburan. Berat badan sederhana boleh membantu paras insulin anda mendapatkan lebih hampir dengan normal dan mendapatkan ovulasi berlaku lagi, jika ia telah berhenti. Kehilangan berat badan sebelum anda hamil juga boleh mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kencing manis semasa mengandung.

5) Pembedahan boleh membantu sesetengah wanita untuk hamil jika mereka tidak bertindak balas kepada ubat kesuburan. Pakar bedah menggunakan teknik yang dipanggil penggerudian ovari laparascopic (LOD) untuk memusnahkan tisu pada ovari yang menghasilkan testosteron.
Kesannya selalu bersifat sementara, tetapi LOD boleh memperbaiki ketidakseimbangan hormon dan kitaran ovulasi yang cukup lama bagi wanita untuk hamil. LOD adalah setanding kesannya sebagai rawatan bagi kesuburan menggunakan dadah Gonadotrophin, dengan kelebihan yang ia tidak meningkatkan risiko kehamilan berganda.

6) Ubat insulin pemekaan (ISDs), seperti metformin, kini sedang digunakan oleh pakar-pakar sebagai rawatan untuk sindrom ovari polisistik. Ramai  wanita PCOS yang pada mulanya tidak bertindak balas terhadap ubat kesuburan menunjukkan respons kepadanya selepas rawatan dengan ubat insulin, tetapi bukti yang lebih diperlukan yang ISDs berkesan sebelum rawatan ini menjadi meluas. Metformin juga kadang-kadang digunakan oleh pakar-pakar sebagai rawatan bagi kemandulan di kalangan wanita dengan PCOS, walaupun bukti bahawa ia benar-benar berkesan adalah bercanggah dan ia mempunyai beberapa kesan sampingan yang tidak menyenangkan, seperti loya dan muntah-muntah.

SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE
 " ALWAYS GREEN"
 Yours Shaklee Independent Distributor

 ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850]
 ♥ Contact No : 016 9622653
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas

. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'