Tuesday 3 December 2013

Masalah Kencing Manis Ketika Hamil

Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.


Apa punca kencing manis ketika mengandung?


  1. Punca utama kerana tahap glukosa dalam badan ibu tinggi dari keperluan normal. Ini terjadi bila hormon insulin tidak cukup untuk tukarkan glukosa kepada tenaga bagi keperluan sel badan atau tabiat pemakanan ibu yang tinggi gula.
  2. Punca kedua disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta (uri) untuk bantu tumbesaran bayi. Hormon tu memang bagus untuk bayi tapi akibatnya sel-sel dalam badan ibu jadi kalis (orang putih cakap ‘immune’) pada insulin. Ini menyebabkan terjadinya masalah kalis insulin.

Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?


  • Semua ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis ketika mengandung seperti:
  • Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
  • Sejarah keluarga menghidap diabetis
  • Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
  • Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
  • Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
  • Ibu hamil kembar
  • Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)

Bagaimana nak tahu saya menghidap kencing manis ketika mengandung?


  • Dikesan melalui pemeriksaan darah selepas minum air gula. Biasanya ibu akan disuruh berpuasa malam sebelumnya.
  • Biasa kan bila check dekat klinik, nurse mesti cakap ‘ gula awak tinggi ni, jaga-jaga sikit ya’.. haaa kenapa nak kena jaga-jaga sangat tu?

Apa kesan diabetis ketika mengandung pada ibu dan bayi?


1. Pada ibu
  • Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi  dan lebihan protein dalam air kecing)
  • Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
  • Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
  • 50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari

2. Pada bayi

  • Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
  • Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
  • Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
  • Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan  mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
  • Sakit kuning (jaundice)
  • Bayi sukar bernafas
  • Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada  kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.


SIHAT SENTIASA BERSAMA SHAKLEE

 " ALWAYS GREEN" 
 Yours Shaklee Independent Distributor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 918850] 
♥ Contact No : 016 9622653 
♥ Emel : nizwanieza@gmail.com / nursuraya@hotmail.com 

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 918850 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

Penghantaran Shaklee Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Seluruh Malaysia, Indonesia. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui https://www.facebook.com/messasges/VitaminCintaku ATAU info diatas

. LIKE MY FanPage: https://www.facebook.com/VitaminCintaku

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

No comments:

Post a Comment