Monday 30 June 2014

Doa Semasa Hamil

Assalam..

Alhamdulillah selesai sudah kita hari kedua berpuasa..semoga dipanjangkan usia untuk melengkapkan puasa sebulan..

Hari ini Sue akan kongsikan doa ketika hamil..Alhamdulillah...rezeki yang Allah berikan dan jagalah sehingga anak itu dilahirkan..Syurga didalam rahim ibu perlu dijaga  dimana sangay tinggi nilainya..

Doa yang selalu saya amalkan ketika hamil ialah surah Yusuf, Surah Luqman, Surah Maryam, Surah Hujurat dimana ia mempunyai kelebihan dan maknanya yang tersendiri..Selain mengamalkan surah-surah ini, kita digalakkan mendengar bacaan ayat suci Al quran...Anak yang kita kandungi amat memahami perasaan ibunya dan juga mendengar apa yang diperkatakan oleh ibu..Oleh itu, para ibu digalakkan mendengar dan membaca ayat auci al quran..

Surah Yusuf sinonim dengan kecantikkan raut rupa seperti Nabi Yusuf yang kacak..Manakala Surah Luqman sangat hubung kait dengan tingkah laku kesopanan si anak dan nasihat si ayah kepada anaknya..dimana si anak perlu menghormati ibu dam ayah..Surah Maryam pula bertujuan supaya mempermudahkan si ibu melahirkan bayi sebagainmana Maryam.melahirkan Nabi Isa dan Surah Hujurat dibaca supaya susu ibu dapat dihasilkan dengan banyak...

Semoga para ibu atau bakal ibu sentiasa berdoa kerana ibu atau wanita yang hamil sangat makbul doanya..

No comments:

Post a Comment