Tuesday 24 June 2014

Kejamkah ??

Bismillah...

Kita seringkali dikejutkan berita-berita yang mengemparkan..MH370 makin kurang didengari..kemanakah hilangnya MH370...Jika benar meraka semua telah tiada...kita sedekahkan mereka Al Fatihah dan semoga ditempatkan dikalangan para solohin..

Tetapi, negara kita dikejutkan dengan berita yang sekarang hangat di media sosial dan akhbar tempatan...iaitu seorang remaja OKU dikurung oleh ibu kandung beliau dirumahnya di Nilai Negeri Sembilan..

Sayu hati ketika pihak berkuasa menjumpai adik Firdaus Dullah dalam keadaan kusut masai,baju yang sudah reput dan dikelilingi najis dipercayai najis beliau.. MasyaAllah...tergamaknya seorang ibu melakukan ke atas anak yang dikandung selama 9 bulan..

Kecacatan yang dialaminya bukan alasan untuk diperlakukan begitu..Nauzubillah...berat badannya turun mendadak ...AllahuAkbar!!!

Kenapa? Zalimkah mereka ini???

Pihak bertangungjawab sedang melakukan penyiasatan..

Semoga adik Firdaus Dullah dijaga rapi dan diberi kasih sayang...Beliau istimewa..beliau adalah penghuni Syurga...Beliaulah yang akan menolong ibunya diakhirat kelak..

Adik Firdaus...jika kebahagianmu bukan didunia ini...tetapi di akhirat sana adalah Pasti!!!

No comments:

Post a Comment